Monday, April 13, 2015

Permulaan hari yang baik

Assalammualaikum folks,

Harini banyak kojo den. Menimbun wa cakap sama lu T_T
Nak monangih raso, lagi-lagi microsoft wa tak boleh guna. Sadis sungguh. Kojo banyak, tapi tak boleh buat apa melainkan guna PC orang lain. Aih.

Jenuh ui, ni aku dok menunggu akak kerani ni buat kerja.
Emmm.

Harini wa lunch dengan kak ayu (perangkap bini big bos; En Azli), sambil lunch tadi borak pasal company dan pasal makanan. Biasalah, nak borak pasal apa lagi kan? Itu je topik yang sesuai.

Tadi kak ayu ada cakap pasal susu lembu. Dia ada dengar radio IKIM  pasal islam dan sains. Katanya, tak elok minum susu terlampau banyak. Aku tanya kenapa, bukan elok ke susu? Musykil sekejap. "Lembu ni kita tatau orang jaga tu macam mana, time dia perah susu, time dia jaga lembu tu, time dia bagi makan. Sama jugak macam ayam or kambing, cara orang menjaga ayam dan kambing tu. Mungkin masa orang yang perah lembu susu itu, lembu tu tengah stress. Dan susu yang keluar dari lembu yang stress boleh memberi kesan pada si peminum. Mungkin juga menghasilkan kanser."

Emmmm. ada betul nya. Tetapi kita bukan boleh pastikan lembu, ayam or kambing itu dalam keadaan yang ceria bahagiaa. Betul tak? Tapi kak ayu sarankan makan jangan berlebihan, amik dalam keadaan sederhana. Even Nabi kita pun sarankan berhenti makan sebelum kenyang, makan apabila lapar.

Semoga kak ayu dilimpahi rezeki dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Ohmai almost 2 pm, solat zohor belum lagi,

kbai.

Friday, April 10, 2015

TGIFriday

Assalammualaikum fellows.

Harini hari jumaat, every friday aku akan balik rumah masak sebab laki aku di rumah. Kalau dia takda, aku masak maggie je. Takde rajin aku nak masak lauk bagai kalau makan sesorang.
So, tadi aku masak lauk singgang (makanan orang terangganu) dengan ayam goreng kunyit je.

"Sayang masak singgang ikan ke ni?"
"Haah, kenapa abang?"
"Sedap, abang suka. Kalau dapat daging goreng ni lagi sedap."
Emmm. Bila aku masak lauk singgang ni mesti teringat nenek. Lauk favourite dia.
Lauk favourite laki aku, daging goreng yang lembut.

Masa mula-mula kahwin, kemain lah kita masak lauk favourite dia.
Macam-macam dia complain, potong daging tebal sangat lah, besar sangat lah, tak lembut lah. Untuk beberapa kali cubaan sehinggalah, "Sayang, daging goreng sayang macam mak masaklah. Sedap!"

Ya, seorang anak lelaki tidak akan lupa masakkan ibunya. Alah, bukan anak lelaki je, anak perempuan pon sama. Kalau boleh nak masak macam maknya.

Laki aku ni kadang cerewet, kadang tak.
Cuma jangan lah masak benda yang dia tak makan macam sayur, ikan, seafood, makanan pedas-pedas.
Yang dia makan hanyalah AYAM dan DAGING.

Mana tak gemuk, ye dok? kekeke.

Aku memang suka makan ayam, daging, tapi most of food yang buat aku berselera lebih ialah SAYUR. Kalau pergi kedai makanan campur, first thing yang aku akan amik ialah sayur. I dont know why, Itu je yang buat aku selera.

And aku pelik dengan orang yang tak makan sayur ni. Sayur bagus apaaa.

Maybe macam tu jugak orang pelik kalau aku tak makan ikan and tak minum teh or coffee kot.
Tapi teh dengan coffee apa bagus nya? Emmm.

This week aku kena exercise lagi, macam last two weeks main badminton.
Badan kena maintain maa, lepas kahwin kaa, sebelum kahwin kaaa.
Tapi laki aku tak boleh turun berat badan, dia kena naik dan naik lagi. Hehehe.

Nak buat camne, aku suka lelaki buncit. Comel okayyyy. Hiks.

Dah, sambil menghitung masa untuk pulang sebab kerja aku dah settle dari awal, Lebih baik aku habiskan masa dengan membaca pada benda yang berfaedah.

*Muka gembira sebab tak sabar nak cuti*
Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

Monday, April 6, 2015

Married LIFE

Assalammualaikum people on earth,

Alhamdulillah. Alhamdulillah. After a long time, I didn't update my blog, here you are. I'm back!

Sementara gua tak ada kerja ni, meh gua cerita sikit pasal life gua.

Bismillahirrahmanirrahim.

I think its almost 4 months, gua dah bergelar isteri orang ni.
Best okay jadi isteri orang, siapa kata tak best?
Best okay dah kahwin, siapa kata kahwin tak best?

Lu boleh buat apa yang lu suka dengan orang tersayang, travel sana sini, makan itu ini, gelak sama-sama, nangis sama-sama, pillow talk hari-hari, tengok movie sama-sama, buat kerja rumah sama-sama. Best kan?

Suami gua, Wan Muhammad Hazim orang yang sangat sempoi, suka buat gua senyum, gelak, nangis terharu, tolong gua buat kerja. Oh suamiku, thank you for everything!

Gua still ingat time dia ajak gua kahwin, sweet like candy gituw.
Gua terpaku sekejap, 'biar betul mamat ni, ajak aku kahwin hujung tahun ni. Lagi berapa bulan je tinggal'.

Itu first thought gua lah, tapi dia kata, 'kita boleh. kita buat simple-simple je lagi berkat'.

Lu orang mesti ingat dia macam dah terdesak sangat nak kahwin awal sedangkan gua kenal dia tak sampai sebulan. Tapi gua rasa, gua macam dah biasa orang ajak kahwin tetiba ni. So, takdelah terperanjat boboy sangat.

Time tu, apa yang gua fikir ialah Allah. Mungkin macam ni cara gua dapat jodoh. Lagipun selama gua kenal dia, dia okay. Baik, pandai amik hati, tahu bergaul dengan kawan-kawan gua,

In the end, gua ajak dia datang open house rumah gua. Sampai gua ajak dia pegi open house rumah makcik-makcik gua lagi. kekeke.

The best part, family dia nak datang merisik. Suddenly jadi majlis tunang terus. Alhamdulillah, even dua tiga hari punya prepared, last preparation punya kerja. Everyone was really did a good job that time. Thank you my awesome people!

Part kahwin muncul, bila lepas bertunang, family dia rancang end of that year. Lagi terkejut satu family gua. Ada yang mengamuk, 'kenapa rushing sangat'.

Biasalah, gua tau pemikiran orang sekarang, 'Dah kenapa tergesa-gesa sangat, ada something happened ke? Or dia pernah rancang before and tak jadi, baz jadi mangsa?'
WTFish! Stop being this rubbish people.

Pelik kan? Benda baik kenapa tak boleh dipercepatkan?
Habis lu orang yang meronggeng ke hulu ke hilir tiada ikatan apa-apa tu lebih elok lah?

Im glad to have my mom and dad, they are really supportive and lovable.
They know what the best for their own daughter, alhamdulillah.

Akhirnya semua berjalan dengan lancar.

Till now, gua rasa tak percaya yang gua dah kahwin.
HAHA

Jumpa member-member, semua macam, 'OMG, baz macam tak sangka kau dah kahwin'.
Yaaaa, aku pon still rasa benda yang sama.

Everyday you wake up, you see him beside you. Thinking what am i gonna cook for him today.

Bila ada masa di office, gua google resepi makanan kegemaran dia, then gua akan baca info-info tentang suami isteri, tentang bekeluarga cara Nabi. Macam-macam lah.

Sometimes, its not easy being a wife. Apa lu buat, apa lu kata semua melambangkan suami lu. So, please behave okay guys.

Since 20th Dec 2014, syurga gua di bawah tapak kaki suami gua yang tercinta. Semoga kita sama-sama mencari keberkatan dan keredhaan dari ALLAH SWT,

Insya ALLAH.

Gua nak sambung buat kerja, sambil menghitung masa untuk pulang, Harini macam nak buat bihun sup nyummy. HAHA. Telling u'olls the truth, I'm getting fat like jelly'licious. Kbai.

Assalammualaikum.


Thursday, April 17, 2014

Cukup

Manusia

Manusia sentiasa berubah, berubah pelbagai segi.
Hari ini aku sedar bukan semua orang mahu berubah.

Peluang bukan sekali.
Lebih dari sekali, aku bagi.
Kini peluang semakin hilang.
Hilang apabila manusia tidak menghargai setiap peluang yang diberi.

Duapuluhempat tahun aku hidup, 
cukup suku abad.
Untuk aku buang lagi dua ke tiga tahun untuk manusia yang tidak pernah kenal apa yang salah dan apa yang betul, cukup.

Cukup untuk aku katakan, yang aku sudah puas.

Manusia makin meningkat usia, makin meningkat kematangannya. 

Untuk hidup berpuluh tahun lagi, bersama manusia yang bernama lelaki.

Lelaki itu akan menjadi teman siang dan malam aku.
Lelaki itu akan menjadi teman susah dan senang aku.
Lelaki itu akan hargai aku seadanya aku.
Lelaki itu menjadi bapa kepada anak-anakku.
Lelaki itu akan menjadi ketua dalam keluargaku.
Lelaki itu akan menjadi sebahagiaan dari hidupku.
Lelaki itu akan menghormati seluruh keluargaku.
Lelaki itu juga yang akan membawaku ke pintu syurga.

Lelaki itu akan ku cari.
Lelaki itu jodohku.

Wednesday, April 2, 2014

I will act now 👍

I will act now.

I will act now.

I will act now.

Henceforth, I will repeat these words each hour, each day, everyday, until the words become as much a habit as my breathing, and the action which follows becomes as instinctive as tge blinking of my eyelids.

With these words I can condition my mind to perform every action necessary for my success.

I will act now.


Monday, September 23, 2013

I miss her so much

22 september 2013

Tarikh yang akan aku sentiasa ingati. 
Ya Allah, kuatkan hatiku, imanku, seluruh tubuh badanku. 
Sesungguhnya, aku amat merindui nenekku yang tercinta. 
Aku amat merindui gelak tawanya, cerita-ceritanya, dan segala-gala tentang dirinya.
Jagalah dia, wahai Ya Allah. 
Pemergiannya sungguh terasa buat diriku, keluarga dan rakan taulan. 
Saat terakhir kali, aku memeluknya.
Saat terakhir kali, dia menyambut aku di muka pintu. 
Saat terakhir kali, aku memandang muka nya.
Tidak menyangka begitu pantas Dia memanggilnya. 
Nenek, andai along tahu, along pasti mahu memeluk nenek puas-puas.
Nenek, andai along tahu, along pasti ingin berada disisi nenek selalu.
Nenek, andai along tahu, along pasti ingin mencium nenek banyak-banyak.
Nenek, andai along tahu, along pasti bawa nenek berjalan-jalan dengan kereta baru.
Andai along tahu, along pasti ingin mengucapkan yang along sayang nenek selama-lamanya.

Nenek, semoga nenek tenang disana.
Insha Allah, nanti along menyusul. 
Nanti kita diketemukan diatas sana. 

Salam sayang buat nenek tercinta, Milah binti jantan khas dari cucu keduamu. 

Friday, September 6, 2013

Attention: Nadhira farhana & Nuur Nysha

You'olls yang tengah baca blog i nih. Malu i taww. Baca senyap-senyap boleh? Haha

On the way balakong. 
Busy nokk. :P

Sunday, April 7, 2013

Too dumb to realize

10:38 PM
I had a long conversation with my fellow thru ym this evening.
YM? Masih wujud lagi.
Yea, bila bosan baru realize benda tuh masih wujud.
He motivated me with some kind of video on youtube.
Such a great effort, thanks yaw.
And i was realize something on it.
Seriously, why the heck i should feels sad?
Why? Why? Why?
Dalam dunia ni, ramai lagi yang ada masalah, even more worst than mine.
Hargai apa yang ada depan mata, focus on what i am doing rite now.
Yes,
Thats the spirit.
Benda lepas, let it go.
Don't regret bout it.
P/S: He not allowed me to watch korean drama cuz It might depressing me a lot. :p except running man.

Kepada jodoh saya, saya masih menanti dirimu.
"He is coming"
Ayat yang paling comel, kawan aku bagi tadi.
Yes, i am waiting for him.
:)

Target:
I want to travel around the world, before turned to 25.

Thanks my fellow.