Friday, April 10, 2015

TGIFriday

Assalammualaikum fellows.

Harini hari jumaat, every friday aku akan balik rumah masak sebab laki aku di rumah. Kalau dia takda, aku masak maggie je. Takde rajin aku nak masak lauk bagai kalau makan sesorang.
So, tadi aku masak lauk singgang (makanan orang terangganu) dengan ayam goreng kunyit je.

"Sayang masak singgang ikan ke ni?"
"Haah, kenapa abang?"
"Sedap, abang suka. Kalau dapat daging goreng ni lagi sedap."
Emmm. Bila aku masak lauk singgang ni mesti teringat nenek. Lauk favourite dia.
Lauk favourite laki aku, daging goreng yang lembut.

Masa mula-mula kahwin, kemain lah kita masak lauk favourite dia.
Macam-macam dia complain, potong daging tebal sangat lah, besar sangat lah, tak lembut lah. Untuk beberapa kali cubaan sehinggalah, "Sayang, daging goreng sayang macam mak masaklah. Sedap!"

Ya, seorang anak lelaki tidak akan lupa masakkan ibunya. Alah, bukan anak lelaki je, anak perempuan pon sama. Kalau boleh nak masak macam maknya.

Laki aku ni kadang cerewet, kadang tak.
Cuma jangan lah masak benda yang dia tak makan macam sayur, ikan, seafood, makanan pedas-pedas.
Yang dia makan hanyalah AYAM dan DAGING.

Mana tak gemuk, ye dok? kekeke.

Aku memang suka makan ayam, daging, tapi most of food yang buat aku berselera lebih ialah SAYUR. Kalau pergi kedai makanan campur, first thing yang aku akan amik ialah sayur. I dont know why, Itu je yang buat aku selera.

And aku pelik dengan orang yang tak makan sayur ni. Sayur bagus apaaa.

Maybe macam tu jugak orang pelik kalau aku tak makan ikan and tak minum teh or coffee kot.
Tapi teh dengan coffee apa bagus nya? Emmm.

This week aku kena exercise lagi, macam last two weeks main badminton.
Badan kena maintain maa, lepas kahwin kaa, sebelum kahwin kaaa.
Tapi laki aku tak boleh turun berat badan, dia kena naik dan naik lagi. Hehehe.

Nak buat camne, aku suka lelaki buncit. Comel okayyyy. Hiks.

Dah, sambil menghitung masa untuk pulang sebab kerja aku dah settle dari awal, Lebih baik aku habiskan masa dengan membaca pada benda yang berfaedah.

*Muka gembira sebab tak sabar nak cuti*
Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!

No comments: