Monday, November 19, 2012

November in Love

Bila masing-masing melihat tarikh, mesti teringat kenduri kawan-kawan yang akan datang. 
Permulaan yang menarik, bila ada sahabat baik menjemput kita ke kenduri pertunangan pada 10.11.12 di raub.
Ye, mencari baju mengikut tema bukan lah mudah, lagi-lagi bila takde nak sponsor. Tapi akhirnya, dengan rezeki Allah ada pulak jumpa baju yang memikat hati yang cerewet ni. :p
Sahabat yang pernah bersama suka duka, NorHanim Mazuin melangsungkan pertunangan bersama kekasih hati Radzi.

Adik selaku photographer, saya selaku pembantu.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Semua teratur mengikut perancangan kecuali shoot outdoor.
Saya berharap semoga kekal ke majlis pernikahan, insyaALLAH.
P/S: Tunang orang dahh kawan aku nii :)

Pada 11/11/12 kenduri perkahwinan Zulhilmy dan Nordiana.
Sampai ke kuala pilah kami sekeluarga,nak tengok satu lagi sahabat aku yang kawin.
Bila nampak pengantin berbaju merah, terasa gembira sangat dalam hati ni. Subhanallah.
Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata okayy :) aminn!
P/S: Sempat lagi si zul ni cakap, "hehehe, zul dah kawinnnn" dengan nada sinis. 
T_T
FINE

Hari sabtu bersamaan 17/11/12, dapat call dari izzah pukul 5 petang.
"kau buatpe?" 
aku kat rumah, nape?
"jom main badminton!"
errr, jap lg aku nak pegi econsave
"dengan mak kau?"
blablablabla
"esok kau pegi?"
pegi mana doh?
"pegi kenduri att laa"
-_____________-"
*aku lupa sebenarnye*

haihh, aku ingat next week tapi minggu ni rupa nyee. nasib iza call tanye bagai. kalau tak, kat shah alam dah laa jawab nyeee. ishhhhh.

Best dapat jumpa all my ex-classmate. mengimbau zaman-zaman sekolah. 
Adiratna, boleh describe dengan muka baby face habiss. Dia tersangat la comel.
Kini dah jadi isteri orang! 
semoga menjadi isteri yng solehah disamping suami tercinta ye, amin!
Tersentuh hati ni, bila tengok video ceritera pasangan ni. Terbayang, how was mine?

Jodoh?
mungkin bercinta dengan orang lain, berpasang dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, atau berkahwin dengan orang lain. 
Hanya Allah yang tahu, Maha Mengetahui.
Kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal. 





2 comments:

laridankejar said...

video att kawin? ktne? ktne? sibuk nk tgk >,<

.buzziela89. said...

hahaha nak keee? video yg asma' buat adeee. sempat tak minah tgk? yang dia bukak kat slide hari tuh. hehe