Sunday, October 14, 2012

Kau yang terindah

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah Aku Disini Memuja Bayangmu setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu Cinta Membara Jiwa Gelora Kau Yang Terindah Didalam Hidupku Hanya Cintamu Mekar Selamanya Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain Kau Telah Mengikatku Selamanya Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang Aku Disini Menghitung Harapan Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu Bagai Semalam Semuanya Hilang Kau Yang Terindah Didalam Hidupku Hanya Cintamu Mekar Selamanya Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain Kau Telah Mengikatku Selamanya

Friday, October 12, 2012

Let's clear our mind

I want to be a dreamer. Don't let the fear conquer our mind, yess. Hey THESIS, the revenge had begin!

Monday, October 8, 2012

Dugaan

Aku percaya padaNya yang telah tentukan segala urusanku. Aku buat mengikut kemampuan. Aku percaya pada dugaan yang diberi mengikut kemampuan diriku untuk menghadapi.

Aku berharap hasil usahaku selama ini tidak sia-sia. Mohon dipermudahkan perjalananku.

Thank you Allah, kerana masih menyayangiku.
❤❤❤

Saturday, October 6, 2012

Mimpi Zzzzzzzzz

Mimpi ialah pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia sewaktu tidur. Mimpi berlaku tanpa kawalan dan kesedaran oleh orang yang mengalaminya.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut tentang mimpi dalam tiga keadaan. Pertama dengan menggunakan kalimah Ar-Ru’yah iaitu mimpi yang benar. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, dalam keadaan kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.” (Al-Fath : 27)

Kedua dengan mengunakan kalimah Al-hadis yang bermaksud mimpi tentang kejadian yang akan berlaku, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud : “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama dengan orang-orang yang soleh.” (Yusof : 101)

Ketiga ialah kalimah Al-hulum, iaitu mimpi khayalan dan mainan tidur seperti yang disebut dalam ayat yang lain dalam firman-Nya yang bermaksud : “Bahkan mereka sanggup berkata (pula) bahawa Al Quran itu adalah mimpi-mimpi yang karut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaklah dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu yang di-utus.” (Al-Anbiya : 5)

Mimpi ngeri sebenarnya malam tadi.
:(
Mohon dijauhkan benda-benda yang tak elok hendaknya.

Monday, October 1, 2012

This and that

Yes, not even one are perfect.
Think back, without up-side-down, without compliment, without praise. Can we notice, what is right and what is wrong?

Keep saying, learn the basic thing first, before you deal with the high thing.
Am i nervous? Yes i am.
Should i? Yes, i should.

Keep in mind.
Money is not a big deal for those thing, but when it comes for this principle i feel dissatisfied.
Keep blaming those the thing that we don't even know.

With the Witnesses, I am still learning some kind of things. Do teach me because i am not perfect as you expect.

Saturday, July 14, 2012

Kenapa mengapa?


Kenapa lahh susah sangat nk buat research niii. Duit banyak pakai, transport lagi mawu carii. Bukan maw merungut tapi penat lah hui.
Semoga di pengakhiran ni dapat kesenangan dan kepuasan.
Aku tahu, Allah sentiasa bersama ku.

=)

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 13, 2012

Segalanya mungkin




Assalammualaikum.
Tersangat lah lama tidak menaip ni haa. Musim cuti ni laa, baru dapat meluangkan masa bersama blog and diary. Wahh, ado diary. Hiks.
Dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izinNya, aku dah mula melangkah ke satu tahap yang baru. Berhijrah utk lebih mendekatiNya. Alhamdulillah. :D
Syukur ke hadratNya.
Ye, ramai dah dapat agak.
Semoga ianya berkekalan lah ye.
Kalau boleh, nak pakai betul2, *maksudnya, pakai kemana sahaja even menjemur kain diluar rumah* Yeeee, slow2 dehh.

Biar aku cerita sikit, pasal sebelum dan selepas aku memakai tudung nih.
Dulu bila tak pakai tudung, bukan main pikir rambut jee. Bukan maksud bila dah bertudung tak pikir pasal rambut. I mean, dulu nak color rambut lah apee. Macam2 color, merah lahh, brown laa. Nak color cam hayley paramore lagii. MasyaAllah. Semoga Dia mengampunkan segala dosaku. :(
Sekarang sibuk nak beli tudung banyak2, hiksss.

Dulu bila tak pakai tudung, yelahh. Senang sikit. Malam2, nak kuar gi kedai. Dengan seluar pendek nyeee, selamba jee. Bukan niat utk menunjuk ke apa, tapi malas nak amik seluar bagai. Jemur baju pon selamba pakai seluar pendek. Yee, terasa sangat malu skang. *dress2 tuh akan ku simpan utk suami ku. :)

Bila tak bertudung dulu, sesuka hati salam dengan bukan muhrim. Yelah, kawan lelaki tuh dah biasa salam kan. Sekarang, bila kita bertudung bila mereka hulur tangan. Aku mampu senyum je. Bukan niat utk memalukan, cuma aku memperingatkan. Kita bukan muhrim. Bukan nak kata, bila kita dah bertudung kaum adam ni lebih hormat dengan kita. Tawu tatasusila. Nak bercakap pun lebih berpada-pada. Alhamdulillah, mungkin dari kita mereka boleh buka mata. Kalau kita pon melayan je, tak ke mana lah jawabnya.

Bila tak bertudung dulu, yelahh cara cakap tuh. Jumpa orang, terus cam "whaddup bro? Apa bikin yob?" Aihh, dah terbiasakan. InsyaAllah aku akan cuba berubah dengan memberi salam dahulu. *kadang2 angkat call pun terbiasa macam tuh. Ishhh. Kena ubah! Kena ubah!

Aku bukannya sempurna, aku masih perempuan biasa yang memerlukan tunjuk ajar seperti orang lain. Banyak lagi yang perlu aku tahu. Aku cuba sebaik mungkin untuk buat yang terbaik.
Dalam keterpaksaan akan datang keikhlasan.


Bersama My best buddy. Your time will come bebeh, really soon. As long u ada niat nak pakai, it just good than enough. :) just like me, niat sudah ada. And now the time for me to move on more towards you Ya Allah.
I miss you My Only One and Only, Ya Allah.

- Posted using BlogPress from my iPad