Saturday, October 6, 2012

Mimpi Zzzzzzzzz

Mimpi ialah pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia sewaktu tidur. Mimpi berlaku tanpa kawalan dan kesedaran oleh orang yang mengalaminya.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut tentang mimpi dalam tiga keadaan. Pertama dengan menggunakan kalimah Ar-Ru’yah iaitu mimpi yang benar. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasul-Nya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, dalam keadaan kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.” (Al-Fath : 27)

Kedua dengan mengunakan kalimah Al-hadis yang bermaksud mimpi tentang kejadian yang akan berlaku, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud : “Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku bersama dengan orang-orang yang soleh.” (Yusof : 101)

Ketiga ialah kalimah Al-hulum, iaitu mimpi khayalan dan mainan tidur seperti yang disebut dalam ayat yang lain dalam firman-Nya yang bermaksud : “Bahkan mereka sanggup berkata (pula) bahawa Al Quran itu adalah mimpi-mimpi yang karut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaklah dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagai-mana rasul-rasul yang telah lalu yang di-utus.” (Al-Anbiya : 5)

Mimpi ngeri sebenarnya malam tadi.
:(
Mohon dijauhkan benda-benda yang tak elok hendaknya.

No comments: