Wednesday, December 19, 2012

Through thick and thin


classmates celebrated my birthday, how sweet are they?
thanks guys! auww auww.
i really need a slice of cake for my birthday. 
but then, they buy me a whole cake for me.
so so nice! 
chocolate indulgence awesome.
burlp!

today is our last paper together, even though i still have one more paper left.
this friday, lab management.
hope i can do well. 
last paper, phew. 



Like seriously wanna cry :(
setiap pertemuan ada perpisahan.
remember that always.
Love you guys till the end! 
<3 p="p">

Monday, December 17, 2012

Keep holding on

Deebak!

Harini aku tengah study utk paper esok, Transfusion.
Paper ni, Inshaa Allah aku cuba yang terbaik.
Dalam masa yang sama sedih pun ada.
Jika diizinkan Allah, mungkin minggu ni minggu terakhir aku kat shah alam.
Subhanallah. Tak sangka aku dah nak habis. Alhamdulillah.

Aku pandang bilik, dalam hati aku berkata "Ya Allah, aku akan rindu bilik ni seperti mana aku rindu bilik kat hostel TPM dulu."
Aku pandang housemate aku, "Ya Allah, aku akan merindui korang semua nanti."
Terasa singkat sangat masa, tapi bila dihitung dah nak cecah 3 tahun aku kat sini.
Pengalaman aku kat sini, permulaan masuk UNISEL sampai lah ke tahun akhir ni.
All my classmates were incredible awesome, I love them so much.
Especially my beloved friend Norra.
Sayang, please do well on your thesis next year. Aku tahu ko mampu, kekuatan mu adalah kekuatan ku juga.
Kita beza satu sem je sayang, aku nak kau berjaya. mungkin aku awal, tapi tak semestinya berjaya.
ingat disebalik semua dugaan yang kita tempuhi bersama moga perolehi hikmah yang baik.
Allah already makes a good plan for us.
kalau ikot hati, nak je aku tunggu kau skali.
but in some circumstances we have to separate for our own good kan sayang.
kita tak pernah berpisah, dah lima tahun lebih sayang.
kenangan tuh terlampau banyak, yes a lot!
rahsiamu ditanganku, rahsiaku diperutmu.
aku selalu berdoa, kita sama-sama berjaya.
sama-sama kita kerja, sama-sama shopping, sama-sama kita balas jasa mak bapa kita.
sambil taip ni rasa nak nangis je, tapi kang kantoi aku taip blog pasal kau.
:)
sayangg, aku sayang kau sangat. tak kira apa pun jadi, kau tetap sahabat aku dunia akhirat.
terima kasih norra.
apa yang kau dah korbankan untuk aku.
kau jaga aku, jaga makan minum aku, jaga aku bila aku sakit, jaga aku bila aku sedih, marah, layan semua karenah aku.
Ucapan terima kasih tuh tak berbaloi dengan apa yang kau dah korbankan.
Nanti kita cari kerja sama-sama ye.
kalau aku dapat dulu, aku cari kan kerja untuk kau.
kita duduk rumah sama-sama.
kita cari duit sama-sama, shopping sama-sama, melancong sama-sama.
Oh. i love you so much.
Kalau aku panjang umur, aku nak tengok kau kawin dulu. aku nak jadi auntie gorgeous utk anak-anak kau.
aku doakan kau dapat jodoh cepat, aku doakan amad cepat-cepat masuk meminang.
amin amin amin.


14 januari 2013.
permulaan aku practical dekat hospital teluk intan.
kenapa teluk intan?
1. mulanya kajang takda tempat nak practical, lecturer tuh tak apply. -________-"
2. then aku dapat DEMC shah alam, aku pikir balik takkan nak ulang alik. confirm kena sewa rumah, baik aku amik teluk intan plus hospital government.
3. ada geng dengan jasmin.

aku harap aku dapat buat yang terbaik, inshaa Allah. doakan saya ye.

aih, nak kemas barang kat rumah ni pon takde mood. mood sedih terlebih, tapi saya akan merindui semua ni.

masa belajar, masa bersuka ria, masa rilex2 kat rumah, masa pandang buku, masa tgk movie sama-sama, masa makan tak ikot time, masa tido lepas subuh, masa buat assgnment, masa presentation dlm kelas, masa buat note before exam, masa makan maggie time lapar gila, masa tido siang berjam-jam, masa kumpul duit syiling banyak-banyak, masa kita pinjam bahu kawan bila sedih, masa kita gelak sampai gegar satu rumah, masa tgk running man sama-sama, masa menyanyi kuat-kuat sama-sama, masa buat senam erobik dalm rumah, masa try outfit masing-masing mcm model, masa pakai mask ramai-ramai, masa cuci rumah sama-sama, oh, i miss all this!

okay, tak boleh dah tulis apa. sedih sangat dah ni. salam.



Saturday, December 15, 2012

Dreamer

I am a dreamer, don't ask why. Sure, all of us used to be a dreamer. 
Mine?
I am in love with this car, like past 5 years ago. 
For me, this is the best car ever.
The shape, the color, the engine.
ada je yang cakap kereta ni tak best, peduli apa dengan orang cakap.
ini impian saya, it depends on individual.
Impian ni bagus sebenarnya, untuk set mind try to achieve something that we want.

Inshaa ALLAH, dengan berkat doa dan usaha.
akan aku cuba target untuk dapatkan kereta ni.
now, below 100k dah boleh dapat.
MINI COOPER
ouh, my babyyyyyyyyy!
mata aku takkan terlepas pandang bila orang lain bawak mini cooper.
ada je orang cakap, 'alahhh, bawak mini cooper macam bawak kelisa je. baik ko beli kelisa'
-_______________-"
dalam hatii, 'sukati aku la'
tak pernah naik lagi mini cooper, so sesiapa yang ada tuh bagi lah aku rasa naik sekali.
Like seriously, aku boleh pengsan kalau dapat naik. Excited terlebih!

baru-baru ni aku minat satu kereta plak.
FORD-FOCUS
ini sangat cool!
lawa gila nak mati kan?
arghhhhhhhh!
harga pasaran sekarang around 130k.
Murah rezeki, tak kemana semua ni. 
:)

aku ni suka kereta suma, macam lelaki kan? tak salah kita impikan sesuatu yang besar.
jangan kereta je besar, tapi duit pokai. 
No, no, no!
kena seimbang, mengikut kemampuan.
semua ni nafsu semata-mata.
tapi kalau rezeki terlebih, apa salahnya. 
ewahh. 





Secara sempurna




Thursday, December 13, 2012

Stranger again

Sudah sekian lama. Tiada khabar berita. Mengharapkan kau tenang disana, dalam kedamaian. Ajal, maut, jodoh ditangan ALLAH. Mungkin ini yang terbaik. Ya, aku masih mendambakan kekuatan abadi. Kerna aku tahu Allah sudah mengatur perjalanan yang baik untuk kau dan aku. Tiba masanya untuk aku berubah, berubah mendekatiNya kerna cintaNya yang kekal abadi. Ceritera yang telah terukir mungkin menjadi kenangan kita. Yang buruk kita jadikan sempadan, yang baik kita amalkan. Sama-sama lah kita berdoa semoga ada hikmah yang baik disebalik semua ni. Tutup sudah cerita cinta kita, semoga kau menemui cinta sejati. Selamat datang kehidupan baru. Now, we are not friends, not even enemies but we're just strangers with some memories.

Wednesday, December 12, 2012

23rd

Happy Birthday to me! Happy birthday to me! Sing very well, ehem! 
23rd, Alhamdulillah. thank you ALLAH.


That night, 6 december 2012.
kena baling tepung, curah air. Thanks a lot for the prank guys!

Ni kepala besar, Norra -_________-
 Habis dengan dia skali kena curah air. :)
Love you never ends.

Ni lah orang-orang yang berjaya kenakan saya malam tuh. Well done! wait for the next birthday pranks yea! grr!
Norra & Yani, love them both. Always makes me smile, thank you sayang! :)


naik je bilik, habis semua barang dibawa keluar. oh, sangat lah kecewa. dengan basah kuyup nye, -___-"
takpee, hari saya kannn. grr!
satu hari kena buli, FB kena hacked lagi. terasa sangat diperkotak-katik kan. 
TERIMA KASIH ye my dear sayangg!

After 3 days, my family celebrate my birthday at damansara. 
makan besar bak kata orang cina.
saya sangat bersyukur, diatas kebahagiaan ini. 
semoga ianya berkekalan. In sha Allah! Amin.

Tahun ni dapat hadiah paling besar. :)
Terima kasih abah, love you so much! :) dah tak berebut dengan adik. hiks!

Then second present, mama treat me for a spa. auw! so awesome, one more time please mama? :)
thankyou mama! love you! muah!
terbaik, dan saya mahu lagi! :) 
tenang seketika, released the stress.

third birthday present, from my lil brother. :)
thankyou my lil bro, :) oh, u makes me miss my phone so much! semoga phone saya cepat sembuh, cant wait to wear my phone with this cute case. :)

Then, i got this chocolate.
Opss! harga tak bukak lagi. hehe.
Thank you so much for this. 
i love chocolate so much! 

Thank you so much to my family, friends for all the wishes.
ada jugak yg wish siap buat video, auw! touched! love you norra! muah!
ada jugak yang wish di setiap masa, terima kasih sangat. jasamu dikenang, ewah!
ada jugak time last last minit nak wish. budimu diingati. chet!
ada jugak yg wish merata-rata. text, fb, twitter. terima kasih. :)
ada jugak yang wish dlm hati, ok that is not so cool! -___-"
ada yang nak belanja burger, present lukis muka saya, ada yg nak treat lunch dgn dinner, ada yang nak bagi bf german, aish!
apa boleh buat, hadiah kannn? 
takkan nak tolak. ecehh.
:)
 Terima kasih sekali lagi.
May Allah bless you all. 


p/s: sangat berharap iphone cepat sembuh, gambar dlm ni suma tak chantek. camera phone tak bagus, Oh, i miss my phone so much! :( 

Tuesday, December 4, 2012

Mohon Keampunan Semua

Salam.
Saya ingin meminta maaf jika ada salah silap, terkasar bahasa yang telah menguris hati kalian.
Disini saya memohon keampuan diatas semua kesilapan saya.
Terima kasih kerana sudi membaca ceritera saya yang tidak seberapa ini.
Yang baik datang nya dari Allah, yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wasalam.