Saturday, July 14, 2012

Kenapa mengapa?


Kenapa lahh susah sangat nk buat research niii. Duit banyak pakai, transport lagi mawu carii. Bukan maw merungut tapi penat lah hui.
Semoga di pengakhiran ni dapat kesenangan dan kepuasan.
Aku tahu, Allah sentiasa bersama ku.

=)

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, July 13, 2012

Segalanya mungkin




Assalammualaikum.
Tersangat lah lama tidak menaip ni haa. Musim cuti ni laa, baru dapat meluangkan masa bersama blog and diary. Wahh, ado diary. Hiks.
Dengan nama Allah, Bismillahirrahmanirrahim. Dengan izinNya, aku dah mula melangkah ke satu tahap yang baru. Berhijrah utk lebih mendekatiNya. Alhamdulillah. :D
Syukur ke hadratNya.
Ye, ramai dah dapat agak.
Semoga ianya berkekalan lah ye.
Kalau boleh, nak pakai betul2, *maksudnya, pakai kemana sahaja even menjemur kain diluar rumah* Yeeee, slow2 dehh.

Biar aku cerita sikit, pasal sebelum dan selepas aku memakai tudung nih.
Dulu bila tak pakai tudung, bukan main pikir rambut jee. Bukan maksud bila dah bertudung tak pikir pasal rambut. I mean, dulu nak color rambut lah apee. Macam2 color, merah lahh, brown laa. Nak color cam hayley paramore lagii. MasyaAllah. Semoga Dia mengampunkan segala dosaku. :(
Sekarang sibuk nak beli tudung banyak2, hiksss.

Dulu bila tak pakai tudung, yelahh. Senang sikit. Malam2, nak kuar gi kedai. Dengan seluar pendek nyeee, selamba jee. Bukan niat utk menunjuk ke apa, tapi malas nak amik seluar bagai. Jemur baju pon selamba pakai seluar pendek. Yee, terasa sangat malu skang. *dress2 tuh akan ku simpan utk suami ku. :)

Bila tak bertudung dulu, sesuka hati salam dengan bukan muhrim. Yelah, kawan lelaki tuh dah biasa salam kan. Sekarang, bila kita bertudung bila mereka hulur tangan. Aku mampu senyum je. Bukan niat utk memalukan, cuma aku memperingatkan. Kita bukan muhrim. Bukan nak kata, bila kita dah bertudung kaum adam ni lebih hormat dengan kita. Tawu tatasusila. Nak bercakap pun lebih berpada-pada. Alhamdulillah, mungkin dari kita mereka boleh buka mata. Kalau kita pon melayan je, tak ke mana lah jawabnya.

Bila tak bertudung dulu, yelahh cara cakap tuh. Jumpa orang, terus cam "whaddup bro? Apa bikin yob?" Aihh, dah terbiasakan. InsyaAllah aku akan cuba berubah dengan memberi salam dahulu. *kadang2 angkat call pun terbiasa macam tuh. Ishhh. Kena ubah! Kena ubah!

Aku bukannya sempurna, aku masih perempuan biasa yang memerlukan tunjuk ajar seperti orang lain. Banyak lagi yang perlu aku tahu. Aku cuba sebaik mungkin untuk buat yang terbaik.
Dalam keterpaksaan akan datang keikhlasan.


Bersama My best buddy. Your time will come bebeh, really soon. As long u ada niat nak pakai, it just good than enough. :) just like me, niat sudah ada. And now the time for me to move on more towards you Ya Allah.
I miss you My Only One and Only, Ya Allah.

- Posted using BlogPress from my iPad