Thursday, May 24, 2012

02 Where you'd like to be in 10 years

10 years afterward, ahha kira umur aku dah 30-an lah kan. Jika diizinkan aku dah bersuami dan berkeluarga lah, so of course la aku berada dirumah bersama keluarga tersayang. First and foremost, aku harap in another 10 years aku jadi wanita yang solehah, taat padaNya, suami dan ibubapa. Cerita pasal future ni seram jugak, hanya mampu berserah je. Biar Dia yang menentukan segalanya. Aku mampu berdoa supaya dipermudahkan urusan sama ada didunia mahupun akhirat.

Between this 10 years aku nak sampaikan hajat:

1) Habis kan degree ni haa. Maw cari keja, tak larat dah nak tgk buku. Geram jee tgk kawan2 dah keja. Dapat beli itu ini kat parents masing2. Indahnya perasaan bila dapat tgk parents kita gembira. SubhanAllah. Only Allah knows how to describe the feels. InsyaAllah, akan ku tunggu saat manis tuh.

2) Bila dah habis degree, of course dah boleh kawin. So, cakap pasal kawin ni ketaq lutut gak lahh. Jodoh kan, only Allah knows well. InsyaAllah, utk mencari syurga yang abadi aku akan setia dan taat pada suami ku kelak. Mencari keredhaan dan keberkatan didunia dan diakhirat bersama suami, mesti indah di alam perkahwinan. :) *blink2 mata sambil taip

3) Jika diizinkan, aku nak jugak kumpul duit pergi umrah. Tempat paling suci, sayu plak rasa bila cakap pasal tempat suci Allah ni. Kadang-kadang terasa jugak, layak ke aku nak pegi ke tempat suci Dia. SubhanAllah. :( okay, stop sini.

4) Yes, sudah berkerjaya, berumahtangga. Yang penting, aku berharap Allah akan memberkati segala niat dan urusan aku. Jika ada halangan dan dugaan, insyaAllah akan aku cari jalan penyelesaian. Sebab aku yakin disetiap dugaanNya pasti setimpal dengan kekuatan ku utk menghadapinya. :)








Posted using BlogPress from my iPad

Location:Home sweet home

Tuesday, May 15, 2012

Perspective brings me down

Assalammualaikum readers.

Kali ni, aku nak tulis sikit pasal orang kita (melayu). Terdetik hati aku rasa sedih, kecil hati. Biar aku luah kat sini, kot kot ada diantara kita ni penah macam tuh. Harap sama-sama kita berubah jadi lebih baik ogeh. Hurm, ye aku bukan perempuan bertudung. Ye, rambut aku berwarna, but now dah hitam. Setakat pakai pegi kelas, pegi kolej. Bukan bermakna aku ni bukan orang Islam, tak tawu bagi salam. Sedih nye, nak tulis. T_T
Aku rasa tak perlu nak tulis, kalau solat aku tak tinggal, kalau aku pandai mengaji, kalau aku tahu hukum hakam agama, perlu ke aku nak cakap semua tuh? Apapun, aku masih perlu belajar tentang agama Islam. Bagi aku belajar agama Islam ni takkan habis sampai mati. Dear, dont judge people by its look. Sedih lah ada orang mcm ni, pandang rendah pada perempuan yang tak bertudung. Bukan semua orang yang bertudung ni jahil agama. Aku bagi salam, ko boleh delete post aku. Kenapa? Ko malu sbb berkawan dgn orang yg tak bertudung ke?
Aku tak nak aib kan orang yang bertudung tapi biar kita cantik diluar dan didalam. Aku sangat menghormati perempuan yang bertudung, lelaki yang baik, beriman. Aku sentiasa rasa rendah diri pada orang-orang mcm ni, bagi aku orang-orang mcm ni sangat mulia. Aku sentiasa berdoa agar ditempat bersama-sama orang yang soleh dan solehah. Biarlah aku rasa rendah diri dari bermegah diri. Wahai kawan-kawan, semoga kita bukan digolongan ini. Biar lah berbuat baik bukan pada mata manusia, tapi dimata Allah.

Kita sama-sama belajar, semoga sama-sama kita diberkati dan diredhai. InsyaAllah.



- Posted using BlogPress from my iPad

01 current status

Ahha, talking bout status or in other way is relationship thingy, i've decided not to talk about it.
Yes, i am 23 and should have one. Jodoh, ajal dan maut ditentukan olehNya. And i am working on it. Bukan setakat berserah pada takdir, tapi kita perlu berusaha untuk mencari keberkatanNya.
Saya dah melihat pelbagai ragam dan perangai manusia. Cinta yang kekal adalah cinta yang jujur, ikhlas dan kerana Allah.
Ini bukannya masa utk saya cari seorang teman lelaki tapi mencari seorang suami yang boleh meng'imamkan solat saya, menjadi seorang ayah yang penyayang terhadap anak-anak nya, dan seorang anak yang sanggup berkorban utk mama dan abah saya. InsyaAllah. Saya bukan perempuan yang sempurna, masih ada banyak benda yg perlu diperbetulkan. InsyaAllah, dari masa ke semasa saya belajar dari kesilapan saya.

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu).


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, May 11, 2012

New tongue


New semester, short semester

Mandarin 1, which is basic mandarin. Dah belajar numbers, year, month, time. Starting learn basic writing in chinese. Susah lah jugak, but glad dah ada basic sket. Target A for this. I dont know why, but i love language instead of english la. Before this belajar japanese, totally hard but extremely fun.

Jīntiān shì xīngqí wǔ
Today is friday
:)




- Posted using BlogPress from my iPad