Monday, April 25, 2011

new baby!

intai intai, =]

lovely, falling in love with you.

thanks to my bro, cuz he made this up. =]
thanks abah buat surprise, suke giler ahhh!

Friday, April 8, 2011

suka suka

Geram teramat, kalau tak cium pipi mereka tak sahh!
=]

Oh, his name is Deedat or Adik D. Nak glamour Adik Justin Bieber.

pandai pose depan camera
=]
terpikat saya, =_=

aduii, menusuk jantung senyuman dia.




His name is Muhammad Rasyidi or amat idi. Nak glamour Sarip Dol, cuz dia suka buli budak2 len. ish ish.



His name is Sheehan or yan. nak glamour Justin Bieber. Nak glamour lagi Maher zain. =]





this is my Lomo, say cheese Lomo. =]


Wednesday, April 6, 2011

Lelaki tahukah kamu???
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Lelaki tahukah kamu??
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Lelaki tahukah kamu??
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Lelaki tahukah kamu??
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat lelaki rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Lelaki tahukah kamu??
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan kamu.

Lelaki tahukah kamu??
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu...Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu.

Lelaki tahukah kamu??
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan salingmelengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup kamu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong kamu dan membuatkan hidup kamu lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 kamu.
♥♥♥